IPDAS
FALSAFAH - Membentuk insan berilmu, beriman dan beramal (memahami dan merealisasi) serta dapat menyebarluas semua aspek ajaran Islam berdasarkan serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
MISI - Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu dan merangkumi ilmu fardhu ain, fardhu kifayah dan kemahiran vokasional (Jahitan, Masakan & Komputer) untuk melahirkan pendakwah yang berketrampilan dan berwibawa.
VISI - Menjadi sebuah institusi pengajian yang unggul berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
OBJEKTIF -
1. Melahirkan dan menyediakan pendakwah yang berilmu, beramal, berakhlak mulia, berhikmah serta tabah menghadapi cabaran semasa.
2. Melengkapkan pendakwah dengan pelbagai ilmu kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
3. Melatih pendakwah menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.